Cari:
Dapatkah Perjanjian Damai Bawa Kedamaian kepada Filipina?
2014-01-28 14:42:25 CRI Cetak

Wakil kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kumpulan pemberontak antikerajaan terbesar di negara itu memeterai perjanjian penormalan lampiran terakhir dalam perjanjian rangka damai di Kuala Lumpur, Malaysia pada 25 Januari lalu. Perjanjian ini membantu menamatkan konflik bersenjata selama 40 tahun yang mengakibatkan lebih 120 ribu orang terkorban di kawasan Mindanao di selatan negara itu.

Melalui usaha selama 17 tahun, wakil kerajaan dan MILF akhirnya menyelesaikan rundingan mengenai perjanjian rangka damai itu pada bulan Oktober 2012 dan empat lampiran berkaitan pada tahun lalu, yang membuka jalan bagi pemeteraian perjanjian damai muktamad. Menurut laporan media sebelum ini, lampiran akhir ini melibatkan kandungan mengenai kedua-dua pihak menghentikan operasi ketenteraan dan MILF melucutkan senjata sebagai tukaran untuk penubuhan "Bangsamoro" iaitu sebuah "negara dalam negara" yang berautonomi tinggi di kawasan Mindanao.

Menurut agenda, selepas memeterai perjanjian rangka damai dan empat lampiran berkaitan, sebuah kumpulan kerja yang terdiri daripada wakil kedua-dua pihak akan menggubal Undang-undang Asas Bangsamoro, yang akan diserahkan bersama perjanjian rangka damai dan empat lampiran tersebut kepada Parlimen untuk dibahaskan.

Perkataan "Bangsamoro" berasal dari bahasa Melayu. Perlembagaan Filipina tidak membenarkan penubuhan "negara dalam negara", oleh itu, sekiranya mahu menubuhkan negara Bangsamoro, perlembagaan mesti dipinda terlebih dahulu dan memperoleh kelulusan Parlimen yang diketuai oleh penganut Katholik. Masih belum diketahui sama ada Bangsamoro dapat diiktiraf oleh Parlimen dan orang ramai di negara itu atau tidak.

MILF merupakan kumpulan pemberontak terbesar di Filipina. Sekiranya MILF memeterai perjanjian damai dengan kerajaan, negara Bangsamoro akan menggantikan wilayah autonomi Islam Mindanao sekarang, dan anggota MILF pula akan melucutkan senjata. Ini memang perkara yang baik bagi Filipina. Namun, kerajaan negara itu terpaksa mengakui bahawa konflik kekerasan tidak mungkin segera dihentikan di kawasan terbabit berikutan pemeteraian perjanjian tersebut. MILF hanya salah sebuah kumpulan pemberontak di negara itu. Disebabkan kepentingan masing-masing, kumpulan yang lain mungkin akan terus berjuang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China