Cari:
DPRK Gesa RoK dan AS Batalkan Latihan Ketenteraan
2014-02-07 15:26:10 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea(DPRK) menggesa Republik Korea(RoK) dan AS membatalkan latihan ketenteraan bersama yang dijadualkan pada penghujung bulan Februari ini, dan pihak itu akan memikirkan semula persetujuan mengenai pertemuan keluarga terpisah kedua-dua pihak.

Kenyataan itu dibuat oleh Jabatan Dasar Suruhanjaya Pertahanan DPRK semalam.

Menurutnya, pesawat pengebom B-52 AS menjalankan latihan di ruang udara Semenanjung Korea semasa Palang Merah DPRK dan RoK mengadakan perbincangan kerja pada 5 Februari lalu. DPRK menerima tuntutan RoK dan mencapai persetujuan mengenai pertemuan keluarga yang terpisah. Ini kerana DPRK menghormati pendirian pemimpin RoK, dan ia merupakan langkah pertama bagi memperbaiki hubungan utara-selatan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan RoK, Kim Min-seok memberi respons kepada kenyataan itu bahawa latihan ketenteraan bersama itu tetap akan dijalankan menurut jadual. Latihan ketenteraan yang bersifat defensif itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan isu pertemuan keluarga yang terpisah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China