Cari:
Ban Ki-moon Kecam Pembunuhan Orang Awam di Syria
2014-02-12 14:21:07 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon melahirkan rasa terkejut terhadap pembunuhan puluhan orang awam di kampung Ma'an, wilayah Hama, tengah Syria pada 9 Februari lalu.

Ban dalam satu kenyataan semalam mengecam keras semua keganasan yang menyasarkan orang awam, di samping mahu pelaku pembunuhan tersebut dibawa ke muka pengadilan.

Menurut beliau, peristiwa yang mengejutkan ini sekali lagi mengingatkan orang bahawa tindakan segera perlu untuk menamatkan konflik di Syria dan menggerakkan peralihan politik ke arah membangunkan Syria baharu yang keselamatan, hak dan kebebasan semua rakyat dan komuniti terjamin.

Menurut pihak tentera kerajaan Syria, puak pembangkang melancarkan serangan terhadap wilayah Hama pada 9 Februari lalu, dan membunuh 42 orang wanita, kanak-kanak dan warga tua di sana. Menurut laporan agensi berita rasmi Syria, sebahagian mangsa dibunuh kerana mereka menyokong kerajaan.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China