Cari:
Sidang Menteri Kewangan G20 Rangsang Pertumbuhan Ekonomi
2014-02-24 15:04:46 CRI Cetak

Sidang Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) 2014 yang berlangsung selama dua hari ditutup di Sydney, Australia petang semalam. Para menteri dan gabenor yang terlibat mengadakan perbincangan tentang situasi ekonomi, pelaburan jangka masa panjang, strategi pertumbuhan menyeluruh, pembaharuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pembaharuan badan kewangan serta kerjasama antarabangsa dalam bidang kutipan cukai.

Menteri Perbendaharaan Australia, negara pengerusi bergilir G20 kali ini, Joe Hockey memuji tinggi pertumbuhan ekonomi yang stabil di entiti ekonomi baru muncul termasuk China. Selain itu, ekonomi di negara-negara maju kian pulih. Beliau berkata, "Ekonomi dunia kian pulih meskipun masih menghadapi masalah permintaan pasaran yang lemah, dan peluang kerja yang tersedia masih tidak cukup."

Menurut beliau pula, "G20 berazam untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lebih 2% dalam tempoh lima tahun akan datang."

Menteri Kewangan China, Lou Jiwei dan Gabenor Bank Rakyat, Zhou Xiaochuan menghadiri sidang kali ini. Lou berkata, "Industri perkilangan pernah menduduki kira-kira 60% dalam KDNK dan menyumbang lebih 50% terhadap pertumbuhan ekonomi dunia. Tetapi keadaan ini tidak dapat diteruskan akibat perubahan iklim, pencemaran udara, lebihan pengeluaran dan masalah sumber tenaga. Sumbangan dari China menduduki kira-kira 30% dalam pertumbuhan ekonomi dunia, namun angka ini mungkin akan turun lagi pada masa akan datang. Ini kerana ekonomi China hanya menduduki 10% dalam ekonomi dunia. Negara-negara lain di dunia tidak boleh hanya bergantung kepada China, dan perlulah memberikan sumbangan masing-masing bagi pertumbuhan ekonomi dunia."

Menurutnya, China akan berusaha mengembangkan industri perkhidmatan. Dalam proses ini, bahagian industri perkilangan akan semakin kecil. Selain itu, China akan mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan melalui proses urbanisasi yang merangsang pelaburan dan permintaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China