Cari:
Pelaburan Jepun di Myanmar Dikritik
2014-03-06 14:38:36 CRI Cetak

Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun baru-baru ini mengeluarkan laporan mengenai pembangunan kawasan tenggara Myanmar. Jepun merancang untuk melabur dalam pembinaan Zon Ekonomi Khas Dawei di kawasan tersebut. Namun rancangan tersebut dikritik keras oleh Rangkaian Tindakan Sosial dan Alam Sekitar Karen (KESAN), iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan Myanmar.

Menurut KESAN, rancangan pembinaan zon tersebut mengabaikan jaminan kepada golongan lemah khususnya kaum wanita di kawasan tersebut. Projek petrokimia dan pembinaan loji kuasa arang batu di sana juga dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan orang awam dan alam sekitar.

Selain itu, walaupun rancangan tersebut akan membawa faedah dari segi geopolitik dan ekonomi kepada Myanmar, namun projek petrokimia akan memberikan ancaman kepada masyarakat dan alam sekitar tempatan, maka pelan tindak balas yang sewajarnya amat perlu. Pihak berkenaan perlu mencari keseimbangan antara pembangunan dengan perlindungan alam sekitar. Di samping itu, rancangan tersebut juga perlu bersifat mampan supaya memberi manfaat kepada lebih daripada tiga generasi.

Rancangan pembangunan Zon Ekonomi Khas Dawei ditandatangani antara Jabatan Pelabuhan Myanmar dengan sebuah syarikat Thailand pada 2 November 2010, namun pembinaannya terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan modal. Pada 27 September 2013, Myanmar, Thailand dan Jepun mengadakan rundingan tiga pihak untuk menjemput Jepun ikut serta sebagai negara rakan kongsi dalam zon ekonomi khas tersebut. Dimaklumkan, projek pembinaan kemudahan asas akan dimulakan pada bulan Mei nanti.

Untuk menarik minat pelabur asing, kerajaan Myanmar baru-baru ini mengeluarkan pindaan Undang-undang Zon Ekonomi Khas pada 23 Januari lalu. Setakat ini, selain daripada Dawei, dua lagi zon ekonomi khas akan dibina di Thilawa dan Kyauk Pyu. Menurut perjanjian antara Myanmar dengan Jepun, projek pembinaan infrastruktur di Zon Ekonomi Khas Thilawa sudah dimulakan, dan zon itu akan dirasmikan pada tahun 2015. Manakala, syarikat pemaju bagi Zon Ekonomi Khas Kyauk Pyu sedang dipilih melalui bidaan daripada syarikat-syarikat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China