Cari:
Turki Tembak Jet Pejuang Syria
2014-03-24 16:07:03 CRI Cetak

Sebuah jet pejuang Syria ditembak jatuh oleh tentera Turki di kawasan sempadan kedua-dua negara kelmarin. Syria yang percaya jet pejuang itu berada dalam wilayah negaranya, menganggap tindakan Turki itu sebagai pencerobohan, dan mendakwa Turki secara terang-terangan mendukung tentera pemberontak Syria.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Turus Turki, dua buah jet pejuang Syria mula dikesan sejauh 80 batu nautika dari udara Turki telah diberi amaran empat kali ketika berada sejauh 10 batu nautika dari sempadan udara kedua-dua negara. Satu daripada dua jet tersebut berada jauh dari ruang udara Turki, manakala yang lain memasuki ruang udaranya sejauh satu kilometer. Jet pejuang F-16 Turki yang bertugas di kawasan tersebut menembaknya jatuh di wilayah Syria.

Menurut Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, jet itu dijatuhkan kerana mencerobohi wilayah udara negaranya.

Namun, menurut kenyataan Kementerian Luar Syria, jet itu dijatuhkan Turki ketika membasmi tentera pemberontak dalam wilayah Syria. Tindakan provokatif itu membuktikan sokongan kerajaan Erdogan terhadap kumpulan pemberontak Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China