Cari:
Perhimpunan Baju Merah Berakhir
2014-04-08 13:15:40 CRI Cetak

Kumpulan Baju Merah mengakhiri perhimpunan di wilayah Nakhon Pathom, pinggir Bangkok semalam. Walaupun pemimpin kumpulan tersebut sebelum ini mendakwa pihaknya dapat mengerahkan 200 ribu hingga 500 ribu penyokong menyertai perhimpunan itu, namun pihak polis menganggar kira-kira 100 ribu orang sahaja berhimpun pada dua setengah hari lalu.

Pemimpin kumpulan Baju Merah, Chatuporn Priyapavit menyatakan, perhimpunan kali ini hanya "raptai" bagi tunjuk perasaan besar-besaran yang akan datang. Sekiranya Mahkamah Perlembagaan atau Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan (NACC) membuat keputusan yang tidak adil bagi Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, pihaknya akan mengumpulkan lebih ramai orang mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok.

Sebelum ini, pemimpin parti pembangkang, Suthep Thuagsuban menyatakan, pihaknya akan mengadakan tunjuk perasaan yang berlangsung sekurang-kurangnya 15 hari, selepas NACC mengumumkan keputusan siasatan terhadap kes rasuah berhubung subsidi beras Yingluck.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China