Insiden pesawat tanpa juruterbang terhempas berturut-turut di wilayah Republik Korea (RoK) baru-baru ini merupakan "serangan mengejut". Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Rok, Kim Kwang-jin semalam.
Media RoK melaporkan, tentera negara itu telah mengesahkan bahawa tiga buah pesawat tanpa juruterbang yang terhempas di wilayahnya adalah dari Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Keputusan siasatan muktamad mengenai hal itu akan diumumkan pada masa terdekat.