Cari:
Pungutan Suara di Tenggara Ukraine Tidak akan Ditangguhkan
2014-05-09 15:23:41 CRI Cetak

Pihak yang "menyokong sistem persekutuan" di tenggara Ukraine tidak akan menangguhkan pungutan suara yang dijadualkan pada 11 Mei ini. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa Ukraine semalam menyatakan bahawa "operasi antikeganasan" akan diteruskan tanpa mengira sama ada pungutan suara itu akan diadakan.

Menurut laporan Stesen TV Rusia, Presiden Rusia, Vladimir Putin baru-baru ini menyatakan harapan supaya pungutan suara di tenggara Ukraine itu ditangguhkan. Penangguhan berkenaan dikatakan bertujuan menyediakan syarat bagi dialog antara pihak yang "menyokong sistem persekutuan" dan "pihak berkuasa Kiev".

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China