Cari:
Jerman, Perancis Gesa Pelbagai Pihak di Ukraine Berdialog
2014-05-11 15:46:18 CRI Cetak

Pilihan raya Presiden Ukraine amat penting bagi keselamatan dan keamanan serantau. Kenyataan itu dibuat oleh Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis, Francois Hollande yang melawat Jerman pada 10 Mei lalu.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pemimpin kedua-dua negara, pilihan raya Presiden yang dijadualkan pada 25 Mei ini mempunyai makna yang amat penting bagi situasi Ukraine. Kestabilan di Ukraine dijangka terus memburuk sekiranya pilihan raya itu gagal mendapatkan pengiktirafan daripada masyarakat antarabangsa.

Kenyataan itu juga menggesa supaya kerajaan Ukraine mengadakan dialog dengan wakil-wakil dari pelbagai kawasan negara itu sebelum 25 Mei ini, di samping berjanji tidak mengambil tindakan kekerasan.

Dalam pada itu, Angela Merkel dalam sidang akhbar semalam berkata, Rusia telah melakukan usaha untuk meredakan krisis di Ukraine, termasuk mencadangkan supaya pungutan suara di beberapa tempat di timur Ukraine ditangguhkan. Beliau turut berharap Presiden Rusia, Vladimir Putin "memberikan lebih banyak isyarat" untuk meredakan ketegangan di Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China