Cari:
AS Tidak Iktiraf Hasil Pungutan Suara di Dua Wilayah Ukraine
2014-05-12 15:13:47 CRI Cetak

AS tidak akan mengiktiraf hasil pungutan suara yang diadakan di Donetsk dan Lugansk, dua wilayah di timur Ukraine. Pungutan suara tersebut meningkatkan kerumitan situasi dan mengakibatkan pemisahan di kawasan tersebut. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Dewan Negara AS, Jen Psaki semalam.

Menurut laporan, pungutan suara diadakan menurut rancangan di kedua-dua wilayah tersebut semalam dengan dijaga oleh kumpulan militan tempatan. Hasil pungutan suara di Lugansk akan diumumkan pada 12 atau 13 Mei, namun masa pengumuman hasil pungutan suara di Donetsk masih belum ditentukan kerana pihak penganjur menghadapi kesukaran untuk menghubungi beberapa pusat pengundian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China