Cari:
Donetsk dan Luhansk Umumkan Keluar Daripada Ukraine
2014-05-13 16:16:19 CRI Cetak

Dua wilayah Ukraine, iaitu Donetsk dan Luhansk, mengumumkan berpisah daripada Ukraine dan menjadi negara yang berdaulat selepas pungutan suara pada 11 Mei lalu.

Kerajaan Sementara Donetsk menyatakan, Donetsk menjadi negara yang berdaulat bermula 12 Mei. Donetsk juga memohon untuk menyertai Persekutuan Rusia. Selain itu, kerajaan Kuhansk turut menyatakan untuk berpisah daripada Ukraine dan memohon menjadi negara yang berdaulat kepada PBB dan masyarakat antarabangsa.

Walau bagaimanapun, Kesatuan Eropah (EU), AS dan kebanyakan negara Barat tidak mengiktiraf hasil pungutan suara kedua-dua wilayah tersebut. Menteri-menteri Luar EU yang sepakat berpendapat untuk meningkatkan sekatan terhadap Rusia kerana Rusia tidak bertindak untuk meredakan keadaan di Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China