Cari:
Presiden RoK Minta Maaf atas Nahas Feri
2014-05-19 15:37:22 CRI Cetak

Presiden Repulik Korea (RoK), Park Geun-hye menyampaikan ucapan berhubung nahas feri "Sewol" di Cheong Wa Dae hari ini.

Agensi Berita Yonhap memetik ucapannya sebagai berkata, Geun-hye merasa amat sedih kerana selaku Presiden, beliau tidak menjaga baik kesemua penumpang, dan mendakwa neliau bertanggungjawab terhadap kemalangan feri karam tersebut.

Beliau juga mengungkapkan permintaan maaf kepada rakyatnya yang menderita tragedi itu.

Dalam pada itu, Geun-hye menyatakan, satu suruhanjaya siasatan yang melibatkan badan bukan kerajaan akan dibentuk bagi memudahkan perbincangan isu feri "Sewol" dengan Kongres.

Agensi berita Reuters melaporkan, presiden negara itu mengumumkan pembubaran Pengawal Pantai RoK yang dicela kerana kecuaiannya dalam operasi menyelamat kapal karam berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China