Cari:
Pilihan Raya Presiden Ukraine Diharap Diadakan secara Damai
2014-05-25 15:07:22 CRI Cetak

Pengundian bagi Pilihan Raya Presiden Ukraine dimulakan pada pukul 8.00 pagi, 25 Mei, waktu tempatan. Seramai 21 orang calon terlibat dalam pilihan raya tersebut, termasuk bilionwan Petro Poroshenko dan bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko.

Menurut buletin laman sesawang Presiden Rusia semalam, Vladimir Putin, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis, Francois Hollande saling menelefon dan berharap pilihan raya tersebut dapat diadakan dalam suasana damai dan tenang.

Pemimpin ketiga-tiga negara tersebut bimbang akan situasi di Ukraine semasa ini yang tetap penuh dengan konfrontasi yang sengit. Selain itu, mereka juga menegaskan untuk mempercepat rundingan masalah sumber tenaga yang melibatkan Rusia, Kesatuan Eropah dan Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China