Cari:
Global Hawk AS Ditempatkan di Jepun
2014-05-25 14:14:20 CRI Cetak

Sebuah pesawat pengintai tanpa awak milik tentera AS, "Global Hawk" tiba di pangkalan Misawa di Aomori Ken, Jepun semalam, dengan tujuannya untuk mengambil bahagian dalam operasi penjejakan di kawasan Asia-Pasifik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ini kali pertama bagi tentera AS menempatkan pesawat pengintai yang paling canggih di dunia itu di Jepun.

Difahamkan, terdapat tiga pesawat "Global Hawk" yang berkhidmat di pangkalan tentera udara Anderson di Guahan, AS. Antaranya ada dua yang dirancang dikerahkan ke pangkalan Misawa, Jepun pada awal Jun hingga Oktober nanti untuk mengutip maklumat risikan di sekitar negara itu.

Agensi Berita Kyodo Jepun menganalisis bahawa tindakan tentera AS itu berniat untuk mengekang kuasa China dan Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China