Cari:
Ukraine Setuju Bayar Hutang Gas Asli
2014-05-27 14:32:13 CRI Cetak

Perwakilan dari Kesatuan Eropah, Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan pusingan baharu mengenai isu gas asli di Berlin, Jerman semalam. Wakil Kesatuan Eropah berkata, Ukraine bersetuju membayar sebahagian hutang gas asli kepada Rusia. Namun ketiga-tiga pihak tersebut masih belum mencapai perjanjian muktamad.

Menurut Menteri Tenaga Rusia, Aleksandar Novak, hutang tertunggak Ukraine melebihi USD3.5 bilion. Sekiranya Ukraine tidak membayar hutang itu sebelum hujung Mei ini, maka pihaknya akan melaksanakan mekanisme prabayar terhadap penggunaan gas asli oleh Ukraine bermula Jun nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China