Cari:
Petro Poroshenko Dipilih Presiden Ukraine
2014-05-30 15:51:34 CRI Cetak

Pusat Penerangan Suruhajaya Pemilihan Pusat Ukraine semalam mengumumkan, Petro Poroshenko dipilih sebagai Presiden Ukraine dengan memenangi 54.7% undi dalam pilihan raya. Berdasarkan keputusan mahkamah perlembagaan, tempoh perkhidmatan presiden yang baharu itu selama lima tahun.

Di samping itu, pesaing utama Poroshenko, mantan Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko mendapat 12.81% undi.

Petro Poroshenko menyatakan baru-baru ini, integrasi Eropah, antirasuah dan "mengambil balik kawasan Crimia" merupakan keutamaan kerajaannya.

A.S., Rusia dan negara-negara Eropah turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan kesediaan untuk mengadakan dialog dan kerjasama dengan presiden Ukraine baharu itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China