Cari:
IAEA: Iran Lebih Telus dalam Program Nuklear
2014-06-03 13:46:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Iran menjalankan kerjasama yang substantif dengan IAEA dalam usaha menjelaskan program nuklearnya. Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano dalam mesyuarat Lembaga Pengarah agensi itu semalam.

Beliau dalam laporan kepada Lembaga Pengarah tersebut berkata, Iran telah melaksanakan tujuh langkah praktikal untuk memperbaiki ketelusan program nuklearnya, termasuk menyediakan maklumat mengenai projek penyelidikan berkaitan dawai peledak. Ini bermakna Iran buat pertama kalinya menjelaskan dimensi ketenteraan yang mungkin wujud dalam program nuklearnya kepada IAEA.

Amano menambah, pihaknya ingin mendapatkan lebih banyak maklumat tentang program nuklear Iran melalui kerjasama seperti itu, tetapi tidak akan "membuat kesimpulan" terhadap isu berkenaan pada masa ini. Di samping itu, IAEA akan meningkatkan kerjasama dengan Iran dan menganalisis maklumat yang disediakan oleh negara itu dengan teliti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China