Cari:
Jepun Digesa Jangan Timbulkan Masalah
2014-06-04 16:05:59 CRI Cetak

China menggesa Jepun jangan menimbulkan masalah dan mengelirukan masyarakat antarabangsa.

Gesaan tersebut dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam.

Dalam Sidang Kemuncak Kumpulan 7 (G7) yang diadakan di Brussels pada 4 hingga 5 Mei ini, Jepun dilaporkan akan melobi sokongan supaya kenyataan bersama sidang kemuncak tersebut mengkritik China mengubah status quo di Laut China Timur dan Laut China Selatan secara sepihak, serta menuntut China bertenang bagi mengelak daripada menjejaskan kestabilan serantau.

Hong berkata, Jepun yang mengubah status quo di Laut China Timur, bukannya China. Negara itu merampas kepulauan Diaoyu China pada lebih seratus tahun yang lalu, malah mencuba "memiliknegarakan" kepulauan tersebut. China bertekad untuk mempertahankan kedaulatan terhadap Laut China Timur dan Laut China Selatan, hak dan kepentingan maritim serta keselamatan negara. Di samping itu, China tetap berpegang kepada pendirian bahawa perselisihan berkenaan patut diselesaikan melalui dialog.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China