Cari:
ACC: Bina Jambatan Kesalingpercayaan dan Kerjasama China-ASEAN
2014-06-04 14:23:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pusat China-ASEAN (ACC) ditubuhkan pada akhir tahun 2011 berikutan perkembangan pesat hubungan China dan ASEAN. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, ACC sebagai pertubuhan antarabangsa antara kerajaan, telah menunaikan tanggungjawab selaku pusat maklumat dan pusat aktiviti sehenti. Pusat ini komited untuk menjadi penggalak bagi hubungan kejiranan yang baik berdasarkan kesalingpercayaan dan kerjasama pragmatik, sekali gus memainkan peranan unik dalam usaha mengembangkan perkongsian strategik China-ASEAN serta menyediakan sokongan yang efektif kepada pembinaan Komuniti ASEAN.

Berikutan lapan negara anggota ASEAN menyertai Pusat Perdagangan Komoditi China-ASEAN yang ditubuhkan di bandar Yiwu, provinsi Zhejiang, ACC juga aktif mempromosikan dasar berkaitan kawasan perdagangan bebas (FTA) untuk membantu lebih banyak perusahaan memahami dan memanfaatkan sepenuhnya dasar keutamaan yang berkenaan.

Program yang menyasarkan pertukaran seramai 200 ribu pelajar ASEAN ke China dan pelajar China ke negara-negara ASEAN menjelang tahun 2020 mencapai kemajuan yang positif. ACC telah mengatur lawatan delegasi dari maktab vokasional China ke negara-negara ASEAN bagi membantu kedua-dua pihak menjalinkan jaringan kerjasama. Hasil

usaha ACC, Pusat Bahasa dan Kebudayaan China-ASEAN berjaya ditubuhkan di Universiti Bahasa dan Kebudayaan Beijing (BLCU) pada bulan Disember tahun lepas.

Dokumentari bersiri terbitan ACC, iaitu "Jelajahi Asia Tenggara" dan "Rasai Pesona Asia Tenggara" telah siap penggambarannya di lima negara ASEAN dan akan disiarkan melalui Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) pada tahun ini. Program seumpama ini turut menggalakkan pertukaran kakitangan bilateral.

Selain itu, ACC juga giat mengadakan pelbagai jenis aktiviti diplomasi awam, seperti mengatur duta besar negara-negara ASEAN ke China menyampaikan ceramah, pameran kesenian multimedia "ASEAN dan Chinaku", wawancara blog mikro "Melancong Bersama Diplomat ASEAN", dan pertandingan fotografi ASEAN menerusi internet. Kini, peminat blog mikro ACC telah melebihi 1.4 juta orang.

Usaha ACC mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada kerajaan negara anggota ASEAN. Dalam pada itu, ACC berkata, pihaknya akan meningkatkan usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan cekap bagi mengukuhkan hubungan kerjasama dan persahabatan antara China dan ASEAN, sekali gus menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi masa depan China-ASEAN yang lebih erat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China