Cari:
Putin: Rusia Tidak Ingin Ilhakkan Ukraine
2014-06-05 15:36:39 CRI Cetak

Rusia tidak ingin mengilhakkan Ukraine atau menjejaskan kestabilan negara itu. Demikian kata Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam temu bual bersama wartawan baru-baru ini.

Putin menegaskan, pihak berkuasa Ukraine patut mengadakan dialog dengan rakyatnya, dan bukannya menggunakan kereta kebal dan pesawat pejuang.

Tambah beliau, tiada seorang pun anggota tentera Rusia berada di tenggara Ukraine pada masa ini.

Menyentuh tentang kemungkinan menemui Presiden AS, Barack Obama dalam tempoh sambutan ulang tahun ke-70 Pendaratan Normandy dalam Perang Dunia II (D-Day) di Perancis pada 6 Jun ini, Putin berkata beliau "tidak percaya" bahawa Obama enggan berdialog dengannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China