Cari:
Isu Ukraine Jadi Tumpuan Sidang Kemuncak G7
2014-06-05 12:51:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) yang dipengerusikan Kesatuan Eropah (EU) dirasmikan di Brussels, Belgium malam 4 Jun waktu tempatan. Rusia buat kali pertama dikecualikan daripada sidang kemuncak tersebut sejak 17 tahun yang lalu. Isu Ukranie turut menjadi agenda utama sidang kemuncak ini.

Pada hari yang sama, pemimpin-pemimpin G7 membincangkan agenda pertama sidang kali ini, iaitu menilai perkembangan terkini isu Ukraine dan bersama-sama membincangkan kaedah untuk mengubahkan situasi yang semakin memburuk di negara itu.

Dalam pada itu, Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Durao Barroso berkata, G7 akan membincangkan isu Ukraine dari dua aspek. Pertama, bagaimana membantu Ukraine menstabilkan situasi politik dan ekonomi domestik. Kedua, bersama-sama mengenakan tekanan terhadap Rusia dan memaksa Rusia menghentikan campur tangan dalam hal-ehwal dalaman Ukraine serta sokongan terhadap kumpulan pemisah negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China