Cari:
Kapal Perang China Sertai RIMPAC-2014
2014-06-09 12:28:52 CRI Cetak

Suruhanjaya Ketenteraan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC) mengesahkan penyertaan kapal perang China dalam Latihan Pinggir Pasifik(RIMPAC) 2014 yang dianjurkan oleh AS. Ini merupakan kali pertama tentera laut China menyertai latihan ketenteraan multilateral tersebut. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Tentera Laut China, Liang Yang semalam.

Menurut beliau, berdasarkan persepakatan pemimpin tentera laut China-AS, China akan menyertai latihan tembakan meriam, latihan bersepadu, tindakan keselamatan maritim, latihan kapal perang, pertukaran perubatan ketenteraan, penyelamatan bencana kemanusiaan dan penyelamat.

Liang Yang memaklumkan, berdasarkan rancangan latihan tersebut, kapal perang dari China, Singapura dan Brunei akan berkumpul dengan kapal perang AS di kawasan perairan Pulau Guam pada pertengahan bulan Jun. Selepas itu, armada ini akan belayar ke Pelabuhan Pearl di Hawaii dan akan mengadakan latihan dalam pelayaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China