Cari:
Tindakan Ketenteraan di Timur Ukraine Dihentikan Minggu Ini
2014-06-09 15:49:39 CRI Cetak

Semalam merupakan hari pertama bagi Petro Poroshenko menjawat jawatan sebagai Presiden Ukraine. Beliau telah menganjurkan mesyuarat kumpulan perjanjian tiga pihak untuk membahaskan rancangan damai di bahagian timur negara itu. Menurut beliau, tindakan ketenteraan di kawasan tersebut akan dihentikan sebelum hujung minggu ini.

Petro Poroshenko menegaskan, tugas utama pada masa ini ialah memulihkan pentadbiran kerajaan di timur negara itu dan menjamin keselamatan warga negara, tanpa mengira anutan politik. Duta Besar Ukraine ke Jerman, Duta Besar Rusia ke Ukraine serta wakil khas Setiausaha Agung Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah menyertai mesyuarat tersebut.

Pada hari yang sama, perhimpunan rakyat diadakan dataran merdeka Kiev untuk menuntut tarikh pilihan raya parlimen ditetapkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China