Cari:
Taliban Serang Lapangan Terbang Karachi, 29 Maut
2014-06-09 15:49:59 CRI Cetak

Jurucakap tentera Pakistan menyatakan hari ini bahawa lapangan terbang antarabangsa Karachi diserang militan yang tidak dikenali tengah malam tadi, mengakibatkan 29 orang maut termasuk penyerang.

10 orang anggota militan yang membawa senjata menyerbu masuk ke lapangan terbang di Karachi pada pukul 11.20 malam tadi waktu tempatan. Mereka membakar dua buah pesawat dan melepaskan tembakan terhadap empat pesawat lain. Dalam pertempuran dengan polis tentera Pakistan, lapan orang anggota militan ditembak mati dan dua orang militan lain membunuh diri dengan meletupkan bom yang dipasang pada badan mereka.

Menurut media Pakistan, Taliban Pakistan hari ini mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China