Cari:
Karachi Buka Semula Lapangan Terbang Jinnah
2014-06-10 14:09:31 CRI Cetak

Menurut pihak rasmi Pakistan, Lapangan Terbang Jinnah Karachi dbuka semula untuk penerbangan petang semalam.

Jurucakap tentera Pakistan semalam menyatakan pihaknya telah menyerahkan hak pengawalan lapangan terbang itu kepada jabatan penerbangan awam selepas pasukan keselamatan berjaya menyelesaikan operasi pembersihan lapangan terbang dan kawasan di sekitarnya untuk memastikan tiada bahan letupan.

Selepas berlakunya serangan keganasan, Lapangan Terbang Jinnah Karachi ditutup sementara, manakala 20 penerbangan termasuk tujuh penerbangan antarabangsa dibatalkan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam mengutuk keras serang keganasan tersebut dan menyatakan kerajaan China menyokong usaha kerajaan Pakistan untuk memelihara keselamatan dan keamanan negara dan memerangi keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China