Cari:
China dan Rusia Serahkan Draf Baharu Konvensyen Ruang Angkasa Lepas
2014-06-11 12:49:19 CRI Cetak

China dan Rusia bersama-sama menyerahkan draf baharu "Perjanjian Mengenai Mencegah Penempatan Senjata di Angkasa Lepas, Menggunakan atau Mengancam Menggunakan Kekerasan terhadap Benda di Angkasa Lepas" kepada sidang pleno Persidangan Perlucutan Senjata di Geneva semalam. Dalam dokumen itu, China dan Rusia mencadangkan dokumen bersifat undang-undang antarabangsa baharu melalui rundingan dibentuk untuk mencegah pertandingan senjata di angkasa lepas dan penggunaan senjata di angkasa lepas.

Utusan Hal Ehwal Perlucutan Senjata Khas China, Wu Haitao dalam sidang tersebut menyatakan bahawa draf yang diserahkan tersebut menambah, meminda dan menyempurnakan fasal-fasal perjanjian tersebut mengenai konsep dan lingkungan, institusi dan mekanisme penyelesaian persengketaan.          

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China