Cari:
Pemuda China dan Jepun Diharap Warisi Tradisi untuk Jalinkan Hubungan Persahabatan
2014-06-14 14:38:20 CRI Cetak
Duta Besar China ke Jepun, Cheng Yonghua berharap pemuda dan tokoh-tokoh bersahabat pelbagai kalangan China dan Jepun mewarisi tradisi yang baik dan bersama-sama berusaha untuk menjalinkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian di Universiti Soka Jepun semalam sempena ulang tahun ke-40 lawatan Daisaku Ikeda, penaja Univerisiti Soka ke China.

Cheng Yonghua menyatakan bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan China-Jepun menghadapi cabaran yang besar berikutan segelitir orang Jepun mengambil tindakan yang memutarbelikkan fakta. Sekarang ada pegawai kanan dan akhli politik Jepun menguar-uarkan teori ancaman China dan mencipta suasana tegang antara kedua-dua negara, tujuannya adalah untuk meminda perlembagaan bagi memperluas tentera. Serentak itu juga mahu bekerjasama dengan negara lain untuk memberikan tekanan kepada China dan membina kepungan di sekitar China. Semua cubaan itu telah membelakangi trend kedamaian, kerjasama dan pembangunan dunia sekarang, bahkan mengakibatkan Jepun terbabas dari arah pembangunan damai yang betul. China berharap dapat memelihara komunikasi dengan Jepun dan mengawal krisis dengan baik untuk benar-benar memelihara kedamaian dan kestabilan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China