Cari:
CCB Layak Uruskan Penjelasan Bayaran RMB di London
2014-06-15 15:21:25 CRI Cetak

Menurut media Britain, Bank Pembinaan China (CCB), bank kedua terbesar China dipilih menjadi bank yang layak menguruskan penjelasan bayaran RMB di London. Keputusan tersebut akan diumumkan ketika Perdana Menteri China, Li Keqiang melawat Britain nanti.

Bank Pusat kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian penjelasan dan penyelesaian bayaran RMB pada penghujung Mac lalu. Perjanjian itu membantu London kian menghampiri matlamat menjadi pusat RMB luar pesisir.

Pengerusi Jawatankuasa Dasar dan Sumber Kota Kewangan London yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal China Kota Kewangan London, Mark Boleat ketika diwawancara wartawan menyatakan bahawa lawatan Perdana Menteri Li pasti akan membawa peluang baharu bagi kerjasama ekonomi kedua-dua pihak. Beliau berkata usahawan Britain memberi perhatian terhadap pembinaan zon ujian perdagangan bebas Shanghai, dan berharap wujudnya wahana perdagangan yang lebih terbuka dan bebas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China