Cari:
Rundingan Nuklear Iran Dipulihkan
2014-06-17 14:34:24 CRI Cetak

Rundingan nuklear Iran pusingan kelima yang melibatkan Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia, China, Jerman dan Iran disambung semula di Vienna semalam, dengan sasaran untuk menemui satu pelan penyelesaian sebelum 20 Julai nanti.

Menteri Luar Iran, Javad Zarif menyatakan, rundingan ini tetap tertumpu kepada isu nuklear. Beliau berharap agar pertemuan ini dapat "bersiap untuk mencapai kemajuan".

Mengikut jadual, Iran harus membekukan sebahagian program nuklearnya yang sensitif dalam tempoh yang bermula 20 Januari hingga 20 Julai, manakala kuasa-kuasa Barat juga perlu mengurangkan sekatan terhadap negara itu. Pelbagai pihak yang terbabit boleh mengadakan rundingan sehingga mencapai pendekatan penyelesaian yang dapat diterima ramai.

Pada masa ini, perselisihan pendapat diletakkan pada perkara mengehadkan keupayaan pengayaan uranium Iran.

Pendapat umum beranggapan, memandangkan situasi tersebut, adalah lebih mendesak untuk mencapai satu dokumen berhubung penyelesaian isu nuklear Iran secara menyeluruh sebelum tempoh akhir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China