Cari:
Lawatan PM Li Pacu Hubungan China-Britain ke Tahap Tinggi
2014-06-18 14:38:41 CRI Cetak

Ulang tahun ke-10 terjalinnya hubungan rakan strategik menyeluruh antara China dengan Britain merupakan satu peluang bagi kedua-dua negara melengkapkan kedudukan semasa hubungan dua hala dengan tumpuan ke arah usaha memacunya ke tahap lebih tinggi.

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Britain, David Cameron dilaporkan mengadakan pertemuan tahunan di No.10 Downing Street, London petang semalam.

Li menyatakan, kedua-dua negara harus meningkatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang termasuk loji jana kuasa nuklear, keretapi laju, sains dan teknologi, perubatan, penerbangan dan sebagainya berdasarkan pertumbuhan, pembaharuan dan inovasi.

David menyetujui cadangan kerjasama yang disyorkan rakan sejawatnya itu. Menurut beliau, Britain selalu mengambil berat terhadap hubungan bilateral dan bersedia memperluas skop kerjasama dua hala. Kedua-dua negara itu adalah rakan yang tidak dapat dipisahkan dalam urusan antarabangsa. Negaranya aktif mendorong rundingan Eropah-China berhubung perjanjian perlaburan serta program pembinaan zon perdagangan bebas Eropah-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China