Cari:
China, Britain Bincang Kerjasama Kewangan
2014-06-19 14:35:36 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyifatkan London sebagai satu lagi pasaran mata wang Renminbi (RMB) pesisir luar yang penting selain Asia dalam Forum Kewangan China-Britain pada pagi semalam.

PM Li berkata, langkah mengumumkan pelancaran bank penjelasan RMB di London dan memperkenalkan urus niaga langsung antara RMB dengan pound sterling bukan sahaja bermanfaat bagi menyempurnakan kemudahan asas pasaran, mengurangkan kos urus niaga serta mengecilkan risiko kadar tukaran, bahkan merangsang pelaburan dan perdagangan dua hala.

Canselor Exchequer Britain, George Osborne turut menyatakan bahawa kerjasama kewangan adalah bahagian penting kerjasama kedua-dua negara. Pihaknya bersedia memperluas skop kerjasama dua hala, dan menjangkakan RMB dapat memainkan fungsi yang lebih besar dalam sistem kewangan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China