Cari:
AS Hantar Penasihat Tentera ke Iraq
2014-06-20 15:01:27 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengumumkan kira-kira 300 penasihat tentera dihantar ke Iraq, atas permintaan negara itu bagi membantu usaha memerangi militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang menguasai sebahagian besar kawasan di utara negara berkenaan.

Obama menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menghantar tentera untuk terlibat dalam perang itu pada masa ini. Namun, jika kepentingan AS terancam, tindakan melancarkan serangan udara terhadap militan ISIL itu tidak akan dikecualikan. Pentagon semalam mendakwa, tentera AS sudah siap sedia untuk operasi serangan udara itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara, John Kerry akan melawat ke Timur Tengah untuk menyelaraskan pendirian antara negara-negara sekitarnya serta operasi berkenaan.

ISIL melakukan rondaan di Baiji.

loji minyak terbesar Iraq di Baiji

Dilaporkan, pertempuran antara pasukan keselamatan Iraq antara ISIL menjadi semakin sengit. Jurucakap pihak tentera, Qassim Atta dalam sidang media semalam berkata, percubaan ISIL yang mahu merampas loji minyak terbesar Iraq di Baiji telah ditumpaskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China