Cari:
Ukraine Digesa Hentikan Operasi Ketenteraan di Tenggara
2014-06-20 15:04:29 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin yang menghubungi rakan sejawatnya dari Ukraine, Petro Poroshenko melalui telefon malam tadi menegaskan bahawa pihak berkuasa Ukraine perlu segera menghentikan operasi ketenteraan di tenggara negara itu.

Menurut Pejabat Penerangan Presiden Rusia, Poroshenko memaklumkan butiran terutama pelan penyelesaian krisis di bahagian tenggara kepada Putin.

Moscow berharap agar isu-isu utama yang mengakibatkan penduduk di kawasan itu melancarkan protes dapat diberi keutamaan sewaktu pelan berkenaan dilaksanakan.

Dalam pada itu, Putin yang menghubungi Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis, Francois Hollande menerusi telefon menyuarakan kebimbangan beliau terhadap operasi ketenteraan yang berlarutan di tenggara Ukraine.

Sebelum ini, Poroshenko menyatakan, pihak berkuasa akan melakukan gencatan senjata sepihak di kawasan tenggara supaya mencipta peluang bagi kumpulan bersenjata bukan kerajaan melucutkan senjata dan askar-askar upahan asing meninggalkan negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China