Cari:
China, Greece Perluas Kerjasama
2014-06-20 15:12:28 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dengan rakan sejawatnya dari Greece, Antonis Samaras dalam sidang media.

China dan Greece akan memperluas skop perdagangan, meningkatkan kerjasama antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mengeratkan komunikasi dalam bidang kebudayaan demi mendorong kerjasama kedua-dua negara mencapai hasil yang memuaskan.

Konsensus berkenaan dicapai dalam pertemuan Perdana Menteri China, Li Keqiang dengan rakan sejawatnya dari Greece, Antonis Samaras di Athens petang semalam.

Li menunjukkan keinginan pihak China untuk menerokai potensi kerjasama dalam bidang maritim dengan Greece, iaitu menggunakan dana pembangunan perkapalan sewajarnya, meningkatkan kerjasama dalam pembelian, pembaikpulihan dan pembinaan kapal, serta melancarkan Tahun Kerjasama Maritim 2015 dan sebagainya.

Menurut Samaras, Greece menganggap China sebagai kuasa penting dalam usaha memelihara keamanan dan kestabilan dunia, malah sahabat yang ikhlas dan boleh dipercayai. Ketika negara itu menghadapi krisis hutang kedaulatan, sokongan China membawa keyakinan dan semangat kepada negara itu. Oleh itu, Greece bersedia memperluas skop kerjasama dalam pelbagai bidang dengan China, aktif melibatkan diri dalam program Jalan Sutera Laut Abad Ke-21 dan mengusahakan projek pembinaan Pelabuhan Piraeus.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China