Cari:
Rundingan Isu Nuklear Iran Berakhir
2014-06-21 14:11:35 CRI Cetak

Rundingan isu nuklear Iran pusingan kelima yang melibatkan Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia, China, Jerman dan Iran berakhir di Vienna petang semalam.

Michael Mann, Jurucakap Wakil Kanan Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Luar dan Keselamatan, Catherine Ashton, memaklumkan bahawa kerja mendraf perjanjian dengan menyeluruh untuk menyelesaikan isu nuklear Iran yang wujud selama 10 tahun telah dimulakan. Pihak-pihak yang terbabit setuju melancarkan rundingan seterusnya pada 2 Julai nanti.

Dalam pada itu, Menteri Luar Iran, Javad Zarif mengatakan, walaupun ada sedikit sebanyak kemajuan yang dicapai dalam rundingan tersebut, tetapi pertentangan pendapat tentang perkara utama masih belum diselesaikan.

Menurut Michael Mann, enam buah negara itu akan mengadakan rundingan peringkat ketua pengarah politik di Brussels pada 26 Jun bagi menyelaraskan pendirian satu sama lain. Memandangkan masih adanya keinginan politik, semua pihak berkenaan dipercayai akan berusaha untuk mendorong rundingan itu sehingga mencapai persepakatan sebelum 20 Julai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China