Cari:
Juncker Disokong Jadi Pengerusi Suruhanjaya EU Baharu
2014-06-22 15:11:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pemimpin Parti Rakyat Eropah (EPP), Jean-Claude Juncker

Pemimpin Parti Demokratik Sosial (SDP) dari sepuluh negara anggota Kesatuan Eropah (EU) menyokong anggota Parti Rakyat Eropah (EPP), Jean-Claude Juncker menyandang jawatan Pengerusi Suruhanjaya EU penggal baharu.

Presiden Perancis, Francois Hollande mengumumkan demikian ketika menghadiri satu mesyuarat pemimpin yang diadakan di Paris semalam.

Hollande berkata, para pemimpin yang menghadiri mesyuarat ini menghargai keputusan pilihan raya Parlimen Eropah.

Sebelum ini, keputusan pilihan raya Parlimen Eropah yang telah diadakan pada 22 hingga 25 Mei lepas menunjukkan bahawa EPP yang diterajui oleh Juncker memenangi sebanyak 221 buah kerusi dan menduduki tempat pertama antara pelbagai parti Parlimen Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China