Cari:
OPCW: Kumpulan Terakhir Senjata Kimia Syria akan Dihantar Keluar
2014-06-24 15:09:41 CRI Cetak

Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) semalam menyatakan kumpulan terakhir senjata kimia milik Syria telah diangkut ke kapal untuk dihantar keluar dari negara tersebut.

Pengerusi OPCW, Ahmet Uzumcu dalam satu kenyataan berkata penghantaran keluar semua senjata kimia Syria merupakan syarat asas bagi usaha memusnahkan senjata kimia negara itu.

Dalam pada itu, Kumpulan Bersama PBB dengan OPCW dalam satu kenyataan bersama mengalu-alukan tindakan tersebut, dan yakin bahawa proses paling sukar dalam usaha pemusnahan senjata kimia Syria sudah selesai.

Pada hari yang sama, Kementerian Luar Rusia juga mengalu-alukan kemajuan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China