Cari:
China Puji Tindakan Pemindahan Senjata Kimia Syria
2014-06-25 15:28:50 CRI Cetak

China mengalu-alukan semua senjata kimia Syria dipindah keluar, di samping menyeru pelbagai pihak bekerjasama untuk menjaga proses penyelesaian masalah melalui saluran politik.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam.

Beliau berkata, proses pemindahan kumpulan terakhir senjata kimia Syria dijaga bersama oleh kapal tentera China, Rusia dan Denmark. Ini merupakan kejayaan penting dalam proses pemusnahan senjata kimia Syria.

Menurutnya, China memainkan peranan positif dalam tindakan tersebut dan berharap semua pihak menghargai kejayaan sekarang dan terus menyelesaikan masalah melalui kaedah politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China