Cari:
NPOMC: Selesai Masalah Domestik dengan Cara Thailand
2014-06-25 15:29:39 CRI Cetak

Thailand akan menyelesaikan masalah domestik dengan "cara Thai".

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Pemeliharaan Keamanan dan Peraturan Negara (NPOMC), Prayut Chan-ocha semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan keputusan menggantung lawatan kerja pegawai Kesatuan Eropah ke negara itu serta menghentikan penandantanganan Perjanjian Kerjasama Strategik untuk sementara waktu, sehingga Thailand mengadakan pilihan raya bersifat demokratik.

Beliau berkata, walaupun AS dan EU menerangkan pendirian menentang NPOMC mengambil alih kuasa negara, namun pihaknya akan terus mentadbir Thailand kerana maruah negara itu perlu diutamakan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang memberikan sokongan kepada NPOMC dalam tempoh sebulan yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China