Cari:
Presiden Bank Dunia: China Mampu Tangani Perlahanan Kelajuan Ekonomi
2014-06-28 16:05:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim berkata semalam, Bank Dunia yakin China mampu menangani masalah yang mungkin muncul ekoran kelajuan pertumbuhan ekonomi yang menjadi perlahan.

Beliau berkata, pemimpin China sanggup mendorong pembaharuan dan mempunyai fikiran yang objektif terhadap ekonomi China dan dunia. Kerajaan China berusaha mengekalkan peningkatan ekonomi, di samping menjalankan pembaharuan. Bank Dunia tidak berasa terkejut terhadap kelajuan pertumbuhan ekonomi China yang menurun kepada 7.5% itu kerana ia adalah rasional.

Beliau juga berkata, Bank Dunia menyokong cadangan China untuk menubuhkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China