Cari:
Ukraine Lanjutkan Tempoh Gencatan Senjata
2014-06-28 14:45:17 CRI Cetak

Menurut Jabatan Penerangan Presiden Ukraine, Presiden Petro Poroshenko memutuskan untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata ke 30 Jun.

Beliau mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua badan utama Ukraine untuk mengkaji situasi di kawasan timur. Beliau melanjutkan tempoh gencatan senjata berdasarkan keputusan Suruhanjaya Keselamatan dan Pertahanan.

Dalam sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Brussels semalam, pemimpin EU sekali lagi menyatakan sokongan terhadap cadangan damai yang dikemukakan oleh Petro Poroshenko dan menggesa pelbagai pihak melaksanakan cadangan tersebut. Pemimpin EU turut menggesa Rusia supaya mengambil tindakan yang berkesan untuk mencegah anggota militan dan senjata daripada memasuki Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China