Cari:
Jepun Siap Siaga bagi Pelancaran Peluru Berpandu DPRK
2014-06-30 16:56:52 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang memanggil mesyuarat tergempar pagi semalam, menuntut badan-badan kerajaan yang berkenaan bekerjasama dengan AS dan Republik Korea bagi melaksanakan pengumpulan dan penganalisisan maklumat perisikan dengan segera. Beliau berbuat demikian berikutan terdapat laporan tentang Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melancarkan peluru berpandu pada subuh semalam.

Agensi Berita Kyodo melaporkan bahawa Jepun sudah menyatakan bantahan terhadap DPRK melalui saluran diplomatik Beijing kerana Jepun tiada hubungan diplomatik rasmi dengan negara itu.

Kini, pihak DPRK masih belum membuat sebarang maklum balas mengenai laporan berkenaan. Menurut statistik pihak Republik Korea, setakat 26 Jun lalu, DPRK sudah melancarkan lebih 90 buah peluru berpandu atau roket dengan 10 kali kekerapan pada tahun ini.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China