Cari:
Ukraine Digesa Lanjut Gencatan Senjata
2014-06-30 15:03:35 CRI Cetak

Pemimpin Rusia, Jerman dan Perancis menggesa supaya tempoh gencatan senjata dilanjutkan di timur Ukraine. Gesaan itu dibuat dalam perbincangan antara Presiden Rusia, Vladimir Putin, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis, Francois Hollande dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menerusi telefon pada 29 Jun lalu.

Menurut satu pengumuman yang dikeluarkan oleh Jabatan Presiden Rusia selepas perbincangan itu, pemimpin keempat-empat negara menilai positif perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak yang berkonflik di Donetsk pada 27 Jun lalu. Selain itu, Presiden Putin juga menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan kecemasan perlu disediakan di tenggara Ukraine berikutan keadaan kemanusiaan yang semakin memburuk di sana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China