Cari:
Rok Tolak "Cadangan Khas" DPRK
2014-07-02 15:03:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Republik Korea (RoK) menolak "cadangan khas" yang dikemukakan oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), selain menggesa DPRK menunjukkan keikhlasan dalam isu nuklearnya.

Kerajaan RoK dalam satu kenyataan semalam menyatakan, Suruhanjaya Pertahanan DPRK dalam "cadangan khas" itu menyalahkan RoK sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab atas ketegangan ketenteraan semasa.

Dalam konteks ini, kerajaan RoK menegaskan, masyarakat antarabangsa mengetahui dengan jelas bahawa program pembangunan senjata nuklear oleh DPRK memberikan ancaman kepada kedamaian Semenanjung Korea dan masa depan bangsa. Kenyataan DPRK dalam "cadangan khas" itu sendiri bertentangan kerana DPRK sekadar menyebut akan menyediakan suasana yang damai, namun tidak ingin membatalkan program nuklearnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China