Cari:
Perusahaan China Berkembang Maju di Malaysia
2014-07-02 15:18:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Lebih 600 tahun lalu, Laksamana Cheng Ho telah mempererat pertukaran muhibah antara China dan Tanah Melayu serta membangunkan Laluan Sutera Maritim purba ke puncaknya ketika bersinggah di Melaka dalam pelayarannya. Sekarang, berikutan siri inisiatif penting yang dikemukakan oleh pemimpin China, termasuk membentuk komuniti berkongsi masa depan China-ASEAN yang lebih erat, membangunkan zon ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, lokasi Malaysia dalam Laluan Sutera Maritim menjadi sangat penting.

Sebagai peserta langsung dalam proses pembangunan Laluan Sutera baharu tersebut, perusahaan China memainkan peranan yang semakin penting dan memberikan sumbangan besar terhadap kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Malaysia. Melalui usaha inovasi sendiri dan penaiktarafan industri, perusahaan tersebut secara beransur-ansur mengubah prejudis orang Malaysia terhadap produk buatan China yang berkos rendah dan murah, sekali gus membina imej yang baik bagi jenama China.

Menurut statistik Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, jumlah perdagangan bilateral China-Malaysia pada tahun 2013 mencapai USD 106.08 bilion, meningkat 11.9% berbanding tahun sebelumnya. China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Malaysia selama lima tahun berturut-turut, manakala Malaysia merupakan rakan dagang terbesar bagi China di ASEAN selama enam tahun berturut-turut. Namun, pencapaian sasaran jumlah perdagangan dua hala sebanyak USD 160 bilion menjelang tahun 2017 masih memerlukan usaha gigih perusahaan China di Malaysia.

Salah satu contoh tipikal bagi perusahaan China seumpama itu ialah syarikat subsidiari ZTE di Malaysia. Syarikat yang ditubuhkan pada bulan Februari tahun 2004 telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai syarikat teknologi tinggi dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). Kini, pelbagai jenis produk terminal dan data buatan ZTE, termasuk telefon bimbit, digunakan secara meluas di Malaysia.

Perusahaan China juga mula menceburi industri hartanah Malaysia. Syarikat hartanah China, Country Garden telah memasuki pasaran hartanah Malaysia pada tahun 2012, dan merupakan perusahaan China pertama yang menerokai sektor hartanah di Johor Bahru. Projek "Gloden Bay" yang dibina oleh syarikat itu di Johor Bahru telah dibuka secara rasmi untuk jualan pada Ogos 2013 dan berjaya membaharui rekod jualan hartanah di Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak RM5 bilion (kira-kira USD 1.56 bilion).

Sementara itu, perkembangan perusahaan China dalam bidang kebudayaan Malaysia juga mempererat pertukaran kebudayaan kedua-dua negara. Pertunjukan lakonan hidup "Impression Melaka" yang diarahkan oleh pengarah terkenal China, Wang Chaoge bakal dilancarkan di Melaka menjelang akhir tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China