Cari:
Rundingan Pusingan Ke-6 Isu Nuklear Iran
2014-07-03 15:19:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rundingan pusingan ke-6 isu nuklear Iran dimulakan di Vienna, ibu negara Austria semalam. Menteri Luar Iran, Javad Zarif dalam satu rakaman video sebelum rundingan itu berkata, dalam tempoh tiga minggu akan datang, rundingan itu berpeluang untuk "mencipta sejarah" dan mengakhiri "krisis yang tidak sewajarnya berlaku."

Javad Zarif turut menegaskan komitmen kerajaan Iran untuk mencapai penyelesaian isu nuklearnya secara tuntas menjelang 20 Julai ini. Namun, beliau juga berkata tindakan sekatan tidak akan membuat Iran "tunduk" dalam isu nuklear.

Dalam pada itu, Setiausaha Luar Britain, William Hague mendesak Iran supaya mencapai perjanjian yang tuntas dengan enam buah negara dalam rundingan pusingan baharu.

Hague dalam satu kenyataan berkata, Britain akan berusaha sedaya upaya supaya pihak-pihak terlibat boleh mencapai persetujuan dalam rundingan itu, dan memastikan projek nuklear Iran hanya digunakan bagi tujuan damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China