Cari:
DPRK Mahu Berdamai dengan RoK
2014-07-07 13:17:11 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam mengeluarkan kenyataan rasmi tentang keinginannya untuk mengakhiri permusuhan dengan Republik Korea (RoK), dan berusaha mewujudkan hubungan damai dan bersatu-padu. DPRK turut mengumumkan penghantaran atlet dan pasukan sorak untuk menyertai Sukan Asia di RoK.

Menurut kenyataan itu, DPRK dan RoK wajar menamatkan permusuhan dan pertentangan serta memulakan usaha untuk mewujudkan perdamaian dan penyatuan.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa urusan Semenanjung Korea patut diselesaikan oleh DPRK dan RoK sendiri, tanpa bergantung kepada kuasa luar. Kedua-dua pihak perlu mencari kaedah penyatuan yang disokong rakyat kedua-dua negara bagi memastikan kedamaian dan kemakmuran semenanjung itu dapat dipelihara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China