Cari:
Israel Tangkap Beberapa Suspek Bunuh Remaja Palestin
2014-07-07 15:41:49 CRI Cetak

Polis dan Perkhidmatan Keselamatan Am Israel (Shin Bet) semalam menangkap beberapa suspek Israel yang disyaki menculik dan membunuh remaja Palestin, Mohammed Abu Khedir.

Shin Bet mengeluarkan kenyataan semalam bahawa suspek yang ditangkap tersebut sedang disiasat. Media Israel melaporkan, pembunuhan Mohammed Abu Khedir adalah untuk membalas dendam pembunuhan tiga orang pemuda Yahudi yang tidak lama dahulu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengeluarkan kenyataan untuk menyampaikan rasa simpati kepada keluarga Mohammed Abu Khedir dan mengutuk keras penjenayah. Beliau menyatakan Israel akan memerangi keganasan.

Presiden Palestin semalam menyeru PBB agar menubuhkan jawatankuasa siasatan khas antarabangsa untuk menyiasat tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China