Cari:
Rusia Gesa Jepun Kawal Diri Dalam Isu Ketenteraan
2014-07-08 15:01:05 CRI Cetak

Rusia menggesa Jepun melaksanakan dasar luar yang damai, mengawal diri dalam aktiviti ketenteraan, mengiktiraf keputusan Perang Dunia II, dan jangan mengubah fakta jenayah militeris negara.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar Rusia, Alexander Lukashevich semalam merujuk tindakan kerajaan Jepun membatalkan larangan hak pertahanan diri kolektif.

Menurut beliau, Rusia tidak mahu menilai perkara tersebut secara semborono, kerana semuanya bergantung kepada tindakan Jepun pada masa depan. Rusia akan memberi tumpuan kepada tindakan kerajaan Shinzo Abe selain berharap Jepun peka terhadap isu keselamatan pelbagai negara jirannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China